Twitter
Twitter adalah
perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yang
membolehkan pengguna menghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet,
iaitu pesanan teks sekurang-kurangnya 140 aksara yang
dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan
penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower).
Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan rakan-rakan, ataupun
membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh
menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter, SMS atau
mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah
percuma, penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom.
Asalnya,
had kepanjangan mesej 140 aksara ditetapkan agar serasi dengan penghantaran
SMS, justeru menimbulkan kehadiran bermacam-macam bentuk trengkasdan slanga yang
digunakan dalam SMS, di dalam Internet. Had 140 aksara ini juga melahirkan
penggunaan khidmat-khidmat peringkasan URL seperti
tinyurl, bit.ly dan tr.im, dan juga khidmat pengehosan kandungan seperti Twitpic dan NotePub untuk
menampung kandungan multimedia dan
teks yang mencecah 140 aksara.
Semenjak
dilahirkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, Twitter makin
hari makin laris digunakan dan tinggi pentingnya bagi para pengguna Internet.
Adakalanya, Twitter disifatkan sebagai "SMS untuk Internet" kerana
penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi
menghantar dan menerima pesanan teksringkas oleh aplikasi lain sering
menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.
No comments :
Post a Comment