GARENA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera , hari ini saya diberi tugasan
untuk membentangkan website dihadapan kelas . Sebelum saya membentangkan
website yang dikehendaki , saya menelaah beberapa website sebelum memilih
website yang benar-benar saya ingin bentangkan . Selepas memastikan website
yang ingin dibentangkan , saya mengkaji mengenai selok - belok website tersebut
dan mengkaji apa sahaja benda yang berkaitan tentang website tersebut.
Saya yakin ingin membentangkan website yang diberi nama Garena (
Connecting world games ) . Website ini mengenai beberapa jenis games .Garena
ini mempunya lapan jenis games antaranya ialah Blackshot, League Of Legend,
Fifa Online 3, Horn dan banyak lagi . Kebanyakkan games yang disediakan oleh
Garena kini disanjung tinggi oleh pemain-pemain games online diserata dunia.
Garena bukan sahaja menyediakan game – game yang menarik. Garena juga
menyediakan beberapa aplikasi yang memudahkan kita berkomunikasi bersama rakan
kita ketika kita sedang berada di dalam game. Aplikasi tersebut dinamakan
“G-Talk” atau “Garena Talk”. Ia memudahkan kita berhubung dalam bentuk suara
atau melalui pesanan . Ia boleh dimasuki ramai orang tetapi kebiasaannya ia
akan dimasuki 5 orang sahaja. Hal ini demikian kerana game yang disediakan
kebanyakkannya berlawan secara 5 lawan 5 seperti game League Of Legend ( LOL ).
Selain itu , Garena juga menyediakan aplikasi Garena Plus bagi
memudahkan kita menambah rakan baru dan menghantar pesanan ringkas kepada rakan
secara privasi. Kebiasaannya orang akan menggunakan aplikasi ini di computer
atau laptop kerana ingin terus bermain game. Anda juga boleh memiliki aplikasi
ini di telefon . Ia diberi nama GAS . Ia boleh dimiliki oleh pengguna Apple
atau Android. Ia membenarkan kita berhubung dengan rakan tetapi tidak boleh
bermain game seperti yang boleh dilakukan di komputer atau laptop.
Akhir sekali, saya berharap anda yang bermain game ini tidak melupakan
dunia luar kerana kebanyakkan pemain game online jarang keluar dari rumah. Saya
mengharapkan hal ini dapat dielakkan kerana jika terlalu lama bermain game ia
akan menyebabkan kita rabun atau mendapat penyakit yang lain kerana tidak
mengerahkan badan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan .
No comments :
Post a Comment